Penjenamaan semula Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan penyertaan parti itu dalam Pakatan Harapan (PH) satu langkah bijak, kata Ketua Wanita Upko Datin Juliana Jani.
Beliau berkata, selepas penjenamaan semula UPKO, parti itu mendapat sambutan positif daripada akar umbi dan menjadikannya lebih terbuka kepada semua kaum dan tidak hanya kepada kaum KDM sahaja.
“Bagi mengukuhkan lagi perjuangan kita agar terus relevan, UPKO mengambil keputusan untuk menyertai dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan bagi meneruskan perjuangan rakyat.
“Pada saya, pergolakan politik negara yang berlaku sekarang adalah satu proses revolusi minda ke arah mencapai suatu tahap kematangan,” katanya.
Bagaimanapun Julianah berkata, perkembangan politik di Malaya masa kini tidak sama dengan sentimen perjuangan di Sabah kerana negeri ini mempunyai isu-isu yang lebih dekat dihati rakyat Sabah sendiri.
“Cabaran kita pada masa kini, kebanyakan ahli-ahli kita di peringkat akar umbi kurang memahami perubahan yang berlaku, malah ada yang keluar parti kerana mempunyai persepsi bahawa hanya menyertai politik kerajaan berpeluang mendapat bantuan, projek dan jawatan lantikan dalam politik.
“Oleh itu, saya menyeru semua khususnya ahli-ahli wanita UPKO agar memperbetulkan persepsi di akar umbi tentang situasi sebenar yang berlaku apatah lagi kita kini berada di blok pembangkang,” katanya. – Nabalu News

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong