Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,626 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,688,149.
Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 5.4 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.
Bagaimanapun, berbeza dengan trend nasional, kemasukan hospital pesakit Covid-19 di Negeri Sembilan (+36.0 peratus), Pulau Pinang (+26.1 peratus) dan Terengganu (+13.5 peratus) telah meningkat.
Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Dis 10) di mana 5,058 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:
- Selangor (1,293)
- Johor (500)
- Pahang (425)
- Kelantan (423)
- Kuala Lumpur (365)
- Kedah (337)
- Pulau Pinang (279)
- Negeri Sembilan (265)
- Sabah (263)
- Terengganu (262)
- Melaka (246)
- Perak (237)
- Sarawak (67)
- Putrajaya (53)
- Perlis (35)
- Labuan (8)

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ