AJK Penganjur bergembar kenangan bersama VIP yang hadir.
KOTA KINABALU: 2 Mei – Sebanyak 60 pain darah berjaya dikumpul dalam Kempen Derma Darah anjuran MSU Kolej Sabah dengan kerjasama Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah), Persatuan Thalassaemia Sabah dan Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth dua Sabtu lalu.
Kempen yang diadakan di Tingkat Dua Suria Sabah bermua dari jam 10 pagi hingga jam 4 petang turut berjaya menarik 84 penyertaan tetapi hanya 60 yang berjaya menderma.
Pengerusi Penganjur Marliana Muhammad, berkata MSU Kolej Sabah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dalam kempen tersebut.
“Anda telah menjadi penyelamat kepada orang-orang memerlukan darah. Diharapkan aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai,” katanya.
Sementera itu Presiden Pendarah Alix Sunggin berkata, kita telah berjaya menarik golongan muda untuk menjadi penderma. Ramai yang hadir pada hari tersebut adalah dikalangan orang muda dan kebanyakan pertama kali menderma.
“Mereka ini (penderma muda) akan jadi pelapis sebagai penderma darah dimasa akan datang. Kita akan teruskan program seperti ini untuk menarik lebih ramai golongan muda menjadi penderma darah,” kata Alix
Program bertemakan “give blood save life @ Suria Sabah” turut dihadiri oleh Presiden Thalassaemia Sabah Encik Francis Mujim,
Pengurus bahagian Acara dan Promosi Eksekutif Suria Sabah Shopping Mall Encik Edmund Te, Penaja Utama Encik Andrew Mansor dan Pengetua MSU Kolej Sabah Encik Suif Sainan.
Pihak penganjur telah menyediakan pelbagai goodies berbentuk beras dan cabutan bertuah sebagai penghargaan kepada penderma.

Sebahagian dari Penderma darah yang hadir memberi sokongan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ