Kes baharu COVID-19 di Sabah menurun 44-kes setakat semalam.

Oleh : Lea

SABAH: Jumlah kes baharu COVID-19 mencatatkan penurunan sebanyak 44 kes iaitu 446 kes berbanding Selasa (490 kes) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Negeri Sabah, semalam.

Berdasarkan infografik Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, kes tertinggi dilaporkan di Kota Kinabalu dengan jumlah 87 kes, diikuti oleh Sandakan sebanyak 67 kes, Tuaran (49), Penampang (45) dan Tawau (42).

Sehubungan itu , sebanyak 1464 premis telah diperiksa dalam Operasi Bersepadu Pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri Sabah.

Dalam operasi tersebut, enam keping kompaun telah dikeluarkan di tiga daerah iaitu masing-masing dua keping di daerah Sandakan, Keningau dan Tenom.

Beralih kepada kes Denggi Sabah, peningkatan sebanyak tujuh kes telah dilaporkan setakat semalam menjadikan jumlah kumulatif terkini sebanyak 189 kes.

Dalam pada itu, lima wabak aktif dilaporkan di daerah Putatan, Semporna, Tawau, Tuaran dan Kota Kinabalu.

Daerah Putatan dengan lokaliti Taman Bersatu 1 mencatatkan kumulatif kes wabak aktif tertinggi iaitu 14 kes, diikuti oleh lokaliti Kampung Pekan 2, Semporna dengan empat kes, seterusnya lokaliti Taman Telipok Ria, Tuaran dan lokaliti Kepayan Rumah Murah PH.2, Kota Kinabalu masing-masing tiga kes, dan dua kes bagi lokaliti AP12 Rich Park, Tawau.

Status terkini wabak aktif Denggi bagi lokaliti Taman Bersatu 1 adalah tidak terkawal manakala selebihnya berada dalam keadaan terkawal.