Oleh : Lea
Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin, hari ini mengesahkan bahawa pemberian suntikan vaksin COVID-19 terhadap kanak-kanak bukanlah sesuatu yang wajib.
Menurutnya, Program Imunisasi COVID-19 kanak-kanak (PICKids) yang bertujuan memberi suntikan vaksin keatas kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 hingga bawah 12 tahun adalah sebuah program sukarela.
“Ini program yang sukarela, secara sukarela tiada apa-apa syarat wajib yang kita tetapkan kepada ibu bapa,
“Kita ingin membina keyakinan ibu bapa supaya mereka tampil untuk mendaftar anak-anak mereka supaya mendapat vaksin yang kita telah luluskan,” katanya dalam sidang media pelaksanaan Program tersebut yang diadakan menerusi platform Zoom, hari ini.
Tambahnya lagi, tiada ketetapan yang akan dikenakan kepada kanak-kanak yang tidak menerima vaksin.
“Kita tiada syarat atau kelonggaran terhadap golongan kanak-kanak kerana jika ditetapkan maka itu bukan lagi sukarela tetapi dilihat sebagai satu dorongan malahan lebih dari dorongan,” jelasnya.
Mengulas lanjut, pemantauan bagi kesan sampingan vaksin jenis Pfizer yang digunakan akan turut dilaksanakan.
Setakat ini, seramai 15% golongan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah berdaftar dalam program tersebut.
Sasaran program tersebut adalah mencapai 70% daripada golongan kanak-kanak yang menerima vaksin dos pertama menjelang akhir bulan Febuari ini.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad