RUU Akta Anti Lompat Parti dibentang minggu hadapan

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 2 MAC – Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dibentang di Dewan Rakyat mengikut jadual pada minggu hadapan.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hal tersebut dinyatakan selepas pertemuan pemimpin Pakatan Harapan (PH) bersama Perdana Menteri (PM) di Parlimen, semalam.

“Selepas saya bersama saudara Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Parlimen, kami mendapat jaminan daripada PM bahawa suatu pindaan Perlembagaan terkait Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti akan dibentang minggu depan.

“Kami turut mencadangkan agar Prosedur Operasi Standard (SOP) diberikan kelonggaran bagi memudahkan proses kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor,” jelas Anwar.

Delegasi PH juga mengulangi penjelasan PM di Parlimen pagi tadi berhubung peranan dan tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang harus bertindak tanpa bersikap selektif.