KUALA LUMPUR, 1 Mac – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul untuk dibahas dalam sidang parlimen, semalam.
Usul tersebut adalah berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membincangkan pendedahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan institusi khususnya Bank Negara Malaysia (BNM).
Menurut Anwar, skandal tersebut perlulah dibincang kerana telah didedahkan melalui laporan perbicaraan di mahkamah New York, Amerika Syarikat.
“Usul tersebut perlulah dikemukakan mengikut peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 18(1) yang membincangkan pembongkaran melalui keterangan mantan Pengerusi Goldman Sachs Group Inc Asia Tenggara, Tim Leissner di Mahkamah Amerika Syarikat .
“1MDB adalah perkara yang memerlukan perhatian dan perbahasan terperinci serta menyeluruh kerana melibatkan kepentingan orang ramai,” katanya.
Selain itu, perbahasan tersebut juga perlu disegerakan kerana sudah menjadi perbincangan di media antarabangsa dan memberi gambaran terhadap sistem pentadbdiran dan perundangan Malaysia di mata dunia.
“Pembongkaran kes terdedah ke peringkat antarabangsa dan memerlukan penjelasan segera kerajaan berikutan kegagalan agensi penguatkuasa negara khasnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan, menyiasat, dan mendakwa mana-mana warganegara Malaysia jika terbabit dalam apa-apa kesalahan transaksi kewangan tersebut,” jelas Anwar.
Sehubungan itu, Anwar berharap usul tersebut dapat dipertimbangkan dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

More Stories
Calon UPKO Norfadzlina Ramsah terbaik wakil rakyat baharu DUN Labuk
Tanjung Aru Voters at the Heart of Dennison Indang’s Vision for Change
A strategic discussion in Malaysia’s Sabah