KOTA KINABALU, 8 Mac — Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan Kursus Keusahawanan dan Kursus “Train and Place” yang bakal memberi manfaat kepada kira-kira 350 graduan kelahiran Sabah bermula Mac ini.
Menurut Pengarah Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS (PKPKP), Dr. Soon Singh Bikar Singh, ini merupakan inisiatif di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan dilaksanakan oleh UMS dengan kerjasama Kerajaan Sabah.
“Komitmen KPT dan Kerajaan Sabah dalam program ini memberi manfaat yang harus diambil oleh para graduan khususnya dalam menentukan laluan kerjaya mereka.
“Ia sekaligus meningkatkan kebolehpasaran dan mengurangkan kadar pengangguran khususnya dalam kalangan belia di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi sebuah kenyataan media yang disiarkan, hari ini.
Tambahnya, kursus tersebut akan diadakan secara dalam talian di bawah program Penjana KPT@Sabah Fasa 2.
“Kursus ini akan berlangsung sekitar dua minggu hingga sebulan serta diberikan secara percuma dan terbuka kepada graduan yang telah menamatkan pengajian mereka pada tahun 2019-2021.
“UMS juga akan bekerjasama dengan beberapa agensi seperti Lembaga Pelancongan Sabah, Yayasan Usaha Maju dan Tekun Nasional Sabah bagi penempatan pekerjaan selepas tamat latihan,” jelasnya.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad