KOTA KINABALU, 8 Mac – Sabah meneruskan trend penurunan dengan mencatatkan angka jangkitan baharu sebanyak 1,216 kes iaitu penurunan sebanyak 19 kes berbanding semalam (1235).
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Kota Kinabalu melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak 284 kes, diikuti oleh penampang (110), Papar (110) dan Tuaran (82).
Sementara itu, peratusan jumlah kes simptomatik yang berpunca daripada jangkitan sporadik juga kekal tinggi pada 64.06 daripada jumlah keseluruhan iaitu hampir dua per tiga daripada jumlah kes baharu di Sabah.
Bagaimanapun, tiada kluster baharu dilaporkan hari ini.
Dalam pada itu, sebanyak 1,199 bersamaan 98.60 peratus daripada 1,216 kes baharu hari ini adalah dalam kategori 1 dan 2, tiga (3) kes dalam Kategori 3, sebelas (11) kes dalam Kategori 4 dan tiga (3) kes dalam Kategori 5.
Sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) secara serius bagi mengekang penularan virus dalam komuniti.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ