KIEV, 11 Mac – Semasa Bandar Ukraine dikepung oleh tentera Rusia, sebahagian penduduk di Bandar Mariupol saling bergaduh untuk mendapatkan makanan, kata Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), kelmarin.
Menurut wakil ICRC yang berpangkalan di Mariupol, Sasha Volkov dalam satu rakaman audio berkata, penduduk saling menyerang sesama mereka untuk mendapatkan makanan dan ada yang merosakkan kereta untuk mendapatkan petrol.
Selain itu, sejumlah orang masih mempunyai makanan namun ramai yang melaporkan tidak mempunyai makanan untuk kanak-kanak termasuklah bekalan air dan bekalan perubatan kerana semua kedai dan farmasi dijarah empat hingga lima hari yang lalu.
Sebelum ini, percubaan memindahkan orang awam dari Bandar tersebut telah gagal selepas Ukraine dan Rusia saling tuduh-menuduh melanggar gencatan senjata yang telah dipersetujui.
Dilaporkan, penduduk di bandar itu tidak mendapat bekalan air dan elektrik lebih seminggu ketika tentera Rusia melakukan pengeboman selepas melancarkan serangan di negara berkenaan pada 24 Februari lalu.

More Stories
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat di Kazakhstan
VIDEO DONALD TRUMPH DITEMBAK, PENEMBAK BERJAYA DIBUNUH
Syarat Hamas dalam gencatan senjata di Gaza adalah realistik