WASHINGTON, 10 Mac – Penerima pertama yang berjaya menerima pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik meninggal dunia pada Selasa selepas dua bulan menjalani prosedur perubatan.
Menurut kenyataan Sistem Perubatan Universiti Maryland penerima tersebut, David Bennett, yang merupakan seorang warga Amerika berusia 57 tahun, telah menjalani pemindahan jantung pada 7 Januari dan meninggal dunia pada 8 Mac.
Doktor tidak mendedahkan punca sebenar kematian tetapi sekadar memaklumkan kesihatannya mula merosot sejak beberapa hari lalu, lapor agensi berita Xinhua.
“Tiada punca jelas yang dikenal pasti akibat kematiannya,” kata jurucakap hospital.
Sebelum ini, David dianggap tidak layak untuk menerima pemindahan jantung manusia dan pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik itu merupakan satu-satunya pilihan beliau ketika itu.

More Stories
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat di Kazakhstan
VIDEO DONALD TRUMPH DITEMBAK, PENEMBAK BERJAYA DIBUNUH
Syarat Hamas dalam gencatan senjata di Gaza adalah realistik