YouTube menyekat saluran media berkaitan Rusia di seluruh dunia

ANAKARA, 12 Mac — YouTube mengenakan sekatan ke atas saluran media yang menyokong dan mempunyai kaitan dengan Russia di seluruh dunia.

Menurut laporan Agensi Anadolu, saluran media dibiayai kerajaan, YouTube RT dan Sputnik disekat di seluruh Eropah bermula dari minggu lepas.

Sehubungan itu, Youtube menerusi ciapan Twitternya, menjelaskan bahawa kandungan berkaitan tindakan Rusia di Ukraine yang melanggar dasar dikeluarkan.

“Garis Panduan komuniti melarang penafian kandungan, meremehkan peristiwa keganasan sebenar yang berlaku.” menurut YouTube menerusi ciapan Twitter.

Seterusnya, pengemaskinian dasar berkuat kuasa serta-merta tetapi sistem YouTube mengambil masa untuk menyekat saluran sepenuhnya.

Dalam pada itu, YouTube turut mengeluarkan lebih 1,000 saluran dan lebih 15,000 video dari platformnya berikutan dengan pelanggaran dasar, seperti ucapan kebencian, maklumat salah serta kandungan grafik susulan konflik Rusia-Ukraine.