KOTA KINABALU, 2 April – Pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini mendapat perhatian para ‘Scammer’ secara atas talian.
Menurut pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), penggunaan panggilan telefon, aplikasi Whatsapp dan media sosial seperti Facebook dengan mengiklankan tawaran pengeluaran khas KWSP merupakan modus operandi sindiket penipuan mereka (scammer) untuk mengaburi mata mangsa.
Hal ini menyebabkan mangsa yang tertarik terus berurusan dengan suspek yang memperkenalkan diri sebagai wakil KWSP dan ingin membantu mempercepatkan proses pengeluaran wang berkenaan dengan perlu membuat bayaran tertentu melalui aplikasi WhatsApp.
Berikutan hal tersebut, masyarakat diingatkan agar terus berurusan di kaunter KWSP dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang pengiklanan di media sosial.
Jika mempunyai sebarang maklumat penipuan, masyarakat boleh terus menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pusat Tindak Balas Penipuan di talian 03-26101559 atau 1599.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ