KOTA KINABALU, 2 April – Operasi pematuhan di seluruh negara terus dijalankan meskipun negara kini sudah memasuki fasa peralihan ke endemik.
Hal ini bagi memastikan masyarakat kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan demi keselamatan dan kesejahteraan.
Menurut Dato Sri Hazani Bin Ghazali, Pengarah Jabatan Keselamatan dalam Negeri dan ketenteraman awam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa menasihati orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari masa ke semasa.
“Individu yang didapati sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan, akan diambil tindakan sewajarnya,
“Peraturan yang ditetapkan adalah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) mengikut SOP terkini bertarikh 1 April 2022 dan Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 31 Mac 2022 P.U. (A) 83,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ