Oleh: Veralain
KOTA KINABALU, 16 April — Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang berlangsung pada 14 April lepas memberi peluang kepada ahli jawatankuasa untuk bertanyakan kepada Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Khairy Jamaluddin mengenai kontroversi aplikasi MySejahtera.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang merupakan ahli jawatankuasa tersebut turut mengambil kesempatan untuk bertanya beberapa soalan.
Soalnya, sejauh manakah perlindungan kepada peribadi rakyat, serta kebimbangan pengkomersilan data rakyat, termasuk data yang identinya dirahsiakan?
“Adakah kerajaan sudah memuktamadkan perjanjian menerusi tender terus dengan syarikat MYSJ sahaja walhal wujud pertikaian antara syarikat MYSJ dan lain-lain di mahkamah yang mungkin menyukarkan proses pembekalan serta perkhidmatan aplikasi MySejahtera?
“Adakah data MySejahtera boleh diakses oleh kesemua agensi lain kerajaan yang memungkinkan penggunaannya selain daripada tujuan asal di bawah bidang kesihatan?,” soal Nurul Izzah.
Bagaimanapun Nurul Izzah menjelaskan bahawa jawapan tuntas kepada persoalan tersebut akan dimuatkan dalam Hansard Parlimen yang akan diterbitkan kelak kerana prosiding tersebut dilakukan secara tertutup.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ