Malayan Banking Bhd (Maybank) memaklumkan bahawa laman web Maybank2u serta aplikasi M2U dan MAE kini mengalami masalah pengaksesan yang perlahan.
“Penggunaan kad debit juga tidak tersedia buat sementara waktu,” menurut Maybank menerusi Twitter.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda,” katanya.
Perkara ini telah menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna setelah mendapati jumlah wang simpanan mereka menunjukkan angka kosong ketika menyemak akaun masing-masing melalui aplikasi dalam talian bank itu pada pagi Isnin.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ