Sekolah Menengah Advent Tamparuli (SMAT) meraikan Hari Guru semalam dengan memberi penghormatan kepada dua mantan pengetua sekolah, mantan pengerusi lembaga sekolah dan alumni.
Antara penerima anugerah penghormatan adalah Dr Edmund Saigian, 83, yang merupakan mantan pengetua bagi tahun 1972-1979.
Turut menerima anugerah adalah mantan pengetua sekolah 2008-2011 Pastor Nelton Bingku, mantan Pengerusi Lembaga Sekolah Pastor Nelson Bendah, dan Pastor Herbert Laung, Pastor Bernard Galim, Haris Mintu dan Janih Bangud dari Persatuan Alumni.
Penyampaian anugerah diadakan sempena Majlis Makan Malam dan Hari Guru SMAT yang dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Sementara itu, Pengerusi PIBG George Teo memaklumkan majlis tersebut diadakan bagi meraikan kejayaan peningkatan kelulusan SPM sekolah tersebut yang telah diumumkan Jun lalu.
“Kami menghargai jasa guru-guru yang telah bertungkus lumus mendidik murid-murid walaupun dalam keadaan yang begitu sukar semasa pendemik Covid-19 tahun lalu.,” katanya.

Seramai lima guru turut menerima anugerah sijil penghargaan dan wang tunai, antaranya Cikgu Herbert Daryl Laung yang menyaksikan murid-murid beliau mencapai 100 peratus kelulusan dalam mata pelajaran Fizik semasa Peperiksaan SPM lalu.
Menurut Pengetua sekolah, Alben Rotop, jumlah murid yang mendaftar pada tahun ini adalah seramai 311 murid dan jumlah itu dijangka meningkat setelah bangunan baru sekolah siap pada penghujung tahun ini. Bangunan baru sekolah tersebut yang bernilai RM1.2 juta adalah sumbangan kerajaan Negeri Sabah pada Ogos 2019.
Turut menghadiri majlis tersebut adalah Presiden SDA Sabah Mission, Pastor Ferdinand Sawanai dan Ahli-Ahli Lembaga Sekolah berkenaan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ