PENAMPANG: Polis menahan seorang lelaki warga asing dan merampas dadah jenis syabu seberat 57.45 gram di sebuah perkampungan di Putatan, semalam.
Suspek berusia 24 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, kira-kira jam 2 petang.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis merampas 11 peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.
“Dadah syabu seberat 57.45 itu ditemui dalam simpanannya dianggarkan bernilai RM6,320.
“Suspek turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine selepas ujian saringan awal air kencing dibuat,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Sammy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.
“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama. Kini suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.
“Polis mengingatkan kepada masyarakat supaya tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan terus menjadi mata serta telinga polis dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras gejala dadah,” katanya. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad