KOTA KINABALU: Kawasan Pantai Barat Sabah yang merangkumi ibu negeri, Papar, Putatan, Penampang dan Tuaran berdepan cuaca ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku sehingga jam 12 tengah hari ini.
Amaran cuaca itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) apabila ada tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Berdasarkan laporan cuaca dikeluarkan MetMalaysia pagi ini, turut berdepan keadaan cuaca sama ialah daerah Kuala Penyu dan Beaufort di kawasan pedalaman, selain Wialayah Persekutuan Labuan.
Amaran cuaca sama turut dikeluarkan di dua daerah Pantai Timur Sabah, iaitu Tawau dan Semporna.
MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ