ALIX (kiri) bersama kira-kira 100 kampit beras sumbangan NGO ketika menyerahkannya kepada pihak hospital pada Jumaat.
KOTA KINABALU: Orang ramai dipelawa menjalankan tanggungjawab sosial dengan menderma darah bermula hari ini dan esok bertempat di ruang lobi Hospital Queen Elizabeth II, bermula jam 8 pagi hingga 4 petang.
Presiden Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah) Alix Sunggin berkata, kempen dibuat sempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Hospital Queen Elizabeth II tahun 2018 dan akan dirasmikan oleh Pengarah Hospital Queen Ezliabeth II Dr Haji Razak Tambi pada hari ini.
“Saya menyeru kepada orang ramai agar sama-sama menunaikan tangungjawab sosial dengan hadir menderma darah. Kita juga telah menyedikan ‘goodies’ berbentuk beras kepada penderma,” katanya.
Antara NGO dan syarikat lain yang terlibat dalam penganjuran kali ini selain Pendarah adalah Persatuan Kebajikan Bambarayon Kampung Kopungit (Bambarayon), Upko Bahagian Kota Kinabalu, Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan Nulu Kopungit (Pekebun), Persatuan Penanam dan Pengusaha Lada Hitam Sabah (PLAS) dan Persatuan Warisan Masyarakat Bisaya Sabah (PWMBS).
Selain itu, Persatuan Talasemia Sabah, Pertubuhan Komuniti Penderma Darah Malaysia (Komuniti Perdarah), Ahli Lembaga Pelawat Hospital Queen Elizabeth II, Syarikat Life Water dan Borenos.
Tema kempen tahun ini adalah ‘Hadirlah Untuk Mereka, Derma Darah, Kongsi Kehidupan’.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad