KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput menjalankan tanggungjawab sosial dengan menderma darah pada 18 Ogos ini bertempat di Bangunan Maybank Cawangan Karamunsing bermula dari jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang.
Presiden Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah) Alix Sunggin berkata, kempen adalah anjuran bersama Kelab Sukan Maybank dan akan dibantu oleh Jabatan Transfusi Darah Hospital Queen Elizabeth II.
“Penganjur menyediakaan Goodies berbentuk beras sebanyak 30 kampit sebagai penghargaan kepada 30 orang penderma terawal.”
“Saya juga menyeru kepada orang ramai terutama disekitar Kota Kinabalu agar sama-sama hadir menderma darah.” kata Alix.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad