WANITA MENINGGAL DUNIA TERKENA RENJATAN ELEKTRIK

Oleh Faizal Rahman

LAHAD DATU: Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia terkena renjatan eletrik semasa mengait buah mangga di Kampung Terusan, disini pada hari Rabu.

Sabit buah yang digunakan mangsa itu diperbuat daripada logam dan  telah tersangkut pada wayar elektrik menyebabkan mangsa yang berusia 58 tahun melecur 90 peratus.

Dalam kejadian jam 10.00 pagi di kebunnya, mangsa rebah setelah terkena renjatan elektrik dan dikejarkan ke hospital, kata Ketua Polis Daerah Nasri Mansor.

Nasri memberitahu bahawa mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.