KEBAKARAN RUMAH KEDIAMAN PEKERJA SEBUAH KILANG  DI SILABUKAN

Kebakaran rumah kediaman pekerja sebuah kilang papan di Lahad Datu

Oleh Faizal Rahman

LAHAD DATU :   Tiga buah blok rumah kongsi 72 pintu di sebuah kilang papan di Batu 10 Jalan Tungku, Silabukan dekat sini musnah dalam satu kebakaran hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS 999 kebakaran rumah kongsi pada jam 10.19 pagi.

Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu respon ke tempat kejadian melalui jarak sejauh 19KM daripada balai dengan menggunakan 1 buah jentera dan 1 buah EMRS diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba Darren John bersama 10 orang pegawai dan anggota.

Kebakaran melibatkan rumah kediaman pekerja di kilang papan tersebut iaitu 3 buah blok rumah kongsi 72 pintu kesemuanya dan hanya 58 pintu yang berpenghuni terbakar 100%.

Kebakaran dapat dikawal pada jam 11.02 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 15.10 petang. Tiada melibatkan kecederaan dan kematian mangsa dilaporkan.