Bomba selamatkan kanak-kanak terkunci dalam kereta
SANDAKAN: Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terkunci dalam kereta Perodua Aruz di Lorong Sri Taman 4, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.29 petang.
Katanya, seramai lapan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sahat Salam tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian.
“Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta berkenaan yang mengambil masa kira-kira 10 minit.
“Mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, selepas memastikan tiada bahaya lain yang wujud, operasi ditamatkan pada 2.46 petang. – Info X
More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ