TENOM: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Tenom terus komited menyokong penganjuran aktiviti keagamaan yang memperkukuhkan lagi semangat kerohanian serta perpaduan komuniti, khususnya dalam menyambut kedatangan Adven dan menjelang sambutan perayaan Hari Krismas yang akan datang.
Hari ini, Ketua Pemuda UPKO Tenom, Gideon Gadit yang mewakili Ketua Bahagian UPKO Tenom, Junik Bajit, menyampaikan sumbangan ikhlas kepada Komuniti Belia Katolik (KBK) Gereja Katolik St Maria Magdalena, Kampung Pulong, Tenom yang bertujuan untuk menyokong persiapan para carolers yang akan melaksanakan pelayanan mereka sepanjang bulan Adven tahun ini.
Sumbangan ini diterima oleh Bixante Carlson Baradus, Timbalan KBK, yang mewakili para belia KBK St Maria Magdalena.
Carlson merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Junik dan Gideon atas keprihatinan serta sokongan mereka kepada komuniti belia gereja.
Turut hadir dalam majlis penyerahan ini ialah Kategis Sylvia bersama rakan-rakan KBK yang aktif menyumbang tenaga dan terus dedikasi untuk memastikan program-program komunilancar. Berjalan lancar.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ