KINABATANGAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya di tepi sungai Kampung Sri Ganda, di sini, diteruskan pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pencarian yang memasuki hari ketiga dimulai seawal jam 7.30 pagi.
Katanya, operasi SAR dijalankan dengan radius pencarian tiga kilogram dari lokasi mangsa dilaporkan hilang dengan menggunakan kaedah surface searching.
“SAR turut dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan penduduk kampung.
“Tiada liputan girn dan talian telefon di lokasi dan setakat ini dilaporkan mangsa masih belum ditemui,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Terdahulu, pada 1 Disember lalu, mangsa Kisman Baco, 36, dikatakan sedang mencuci bot bersama anaknya sebelum mangsa hilang secara tiba-tiba di lokasi dipercayai dibaham buaya.
Pencarian hanya dijalankan pada 2 Disember memandangkan jarak ke lokasi adalah hampir 100 kilometer. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ