KOTA BELUD: Lima individu cedera selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Rosok Bengkahak, di sini, pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, identiti semua mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa belum diperolehi dan dikejarkan ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Syazwan Latun berkata, sebaik menerima panggilan jam 9.44 pagi, sepasukan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setiba di lokasi didapati sebatang pokok tumbang menghempap kereta Perodua Kelisa.

“Terdapat lima mangsa terbabit telah dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, pasukan bomba dengan dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan operasi memotong pokok tumbang menggunakan peralatan khas gergaji berantai.
“Seterusnya mengalihkan dahan pokok tumbang ke tempat selamat.
“Selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan sepenuhnya jam 10.11 pagi,” katanya. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ