KOTA KINABALU: Sabah Electricity mengingatkan orang awam serta semua pihak untuk menghubungi pejabat Sabah Electricity berdekatan sebelum melakukan kerja-kerja membabitkan pepasangan Elektrik.
Sabah Electricity hari ini dalam satu kenyataan di Facebook rasmi memaklumkan bahawa tindakan ini adalah untuk memastikan pihak Sabah Electricity dapat menutup bekalan sekirannya diperlukan.
“Langkah ini bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.
Terdahulu, pagi tadi, tiga pekerja kontrak maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja-kerja memasang panel solar di kawasan bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR), Ranau.
Mangsa yang maut dalam kejadian jam 11.11 pagi itu adalah warga tempatan berusia 50 tahun, manakala dua lagi mangsa warga asing berusia 25 dan 36 tahun.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Ediansha Endal, berkata siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ