Madius ketika menyampaikan ucapan sempena majlis penutupan Karnival Heboh Aidilfitri yang disertai 100 NGO dari seluruh daerah Tuaran.
TUARAN, 30 Jun — Kerajaan Negeri Sabah mengambil langkah segera menangani kemungkinan berlaku pencemaran alam sekitar berpunca daripada sisa bahan kimia gagal dilupus secara betul oleh pengusaha perindustrian di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata langkah pencegahan awal itu penting bagi memastikan tragedi pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Johor Bahru pada Mac lepas tidak berlaku di Sabah sehingga menjejaskan kesihatan orang awam.
Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah itu berkata langkah segera diambil kerajaan negeri termasuk memberi arahan kepada pengurusan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) supaya mewujudkan peraturan untuk mengelakkan tragedi sama berlaku di kawasan berkenaan.
“Selain KKIP, pembangunan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dan taman perindustrian lain di Sabah turut diminta mengambil langkah sama untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Walaupun insiden seumpama itu belum berlaku Sabah, namun langkah awal mengelakkan perkara itu terjadi perlu diambil segera kerana jika lambat dikhuatiri banyak nyawa terkorban,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Tuaran di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Madius turut mengingatkan pengusaha industri yang ingin melabur di KKIP supaya mematuhi panduan ditetapkan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah dan Jabatan Alam Sekitar terutama membabitkan risiko tinggi bahan kimia.
Ini bagi memastikan tidak wujud sebarang kebimbangan berlaku pencemaran alam sekitar berpunca daripada industri perkilangan berisiko tinggi berikutan pemiliknya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan, katanya.
Sebaik selepas selesai Majlis Rumah Terbuka P170 Tuaran, Madius meninjau gerai dan oameran yang sedang berlangsung di padang Tuaran dan seterusnya merasmikan penutupan Pameran Jom Heboh Aidilfitri yang turut fiserati oleh 100 badan NGO.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ