Ketua Polis Daerah Beluran Supt Kasim Muda
Oleh Faizal Rahman
BELURAN: Pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda maut manakala tiga penumpang mengalami kecederaan parah dalam kemalangan jalanraya di KM 75 Jalan Beluran-Telupid pagi ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Supt Kasim Muda, kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 7.00 pagi membabitkan kenderaan pacuan empat roda yang terbabas sendiri ketika dalam perjalanan dari Telupid menuju ke arah Sandakan
Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca apabila pemandu kenderaan tersebut dari arah Telupid telah hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan terbabas di sebelah kanan jalan, kata Kasim.
“Akibat kemalangan tersebut, pemandu kenderaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga penumpang cedera parah,” tambah beliau.
Kasim berkata siasatan juga mendapati pemandu disyaki mabuk dan sampel darah telah diambil bagi tujuan toksikologi.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.
Mangsa-mangsa dikenalpasti sebagai Jayacelan Manickam (pemandu), 50, yang beralamat di Sandakan, Surianto Hamid, Hamzah dan Zul (penumpang). Ketiga-tiga penumpang didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri semasa kejadian.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ