KOTA BELUD: Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti individu terbabit dalam kejadian rompakan kedai runcit menggunakan lastik batu, di daerah ini, pada 11 Disember lalu.
Kejadian yang tular di media sosial sejak awal pagi itu menyaksikan dua lelaki memakai topi keledar bertindak memecah masuk kedai runcit berkenaan.
Ketika kejadian, seorang lelaki yang juga dipercayai penjaga premis berkenaan dilihat turut diserang kedua-dua penjenayah terbabit.
Rakaman turut memaparkan penjenayah berkenaan berjaya mengambil sejumlah wang yang diletakkan di dalam laci premis berkenaan sebelum melarikan diri.

Difahamkan, kejadian yang berlaku sekitar jam 4 pagi itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan serius terhadap pekerja premis berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian berkenaan namun siasatan akan diteruskan untuk mengesan suspek yang terbabit. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad