SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing maut disambar buaya dalam kejadian di kawasan setinggan pembuangan sampah, Batu 8, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 malam, ketika mangsa berusia 28 tahun dalam perjalanan ke rumah abangnya dengan melalui jambatan kayu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K Ramasamy berkata, hasil siasatan awal polis mendapati ketika dalam perjalanan melalui jambatan kayu itu mangsa disambar oleh seekor buaya.
Katanya, mangsa sempat menjerit dan meminta pertolongan.
“Mayat mangsa ditemui oleh ahli keluarganya kira-kira dua meter dari lokasi kejadian pada 9.30 malam, hari yang sama.
“Terdapat kesan gigitan buaya di beberapa bahagian tubuh mangsa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ks Hospital Duchess Of Kent (HDOK) untuk bedaj siasat.
“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad