Frankie Poon sedang berucap semasa merasmikan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Parlimen Sandakan kelmarin.
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Pertumbuhan kanak-kanak seharusnya dikembangkan dengan pelbagai potensi dan tidak sewajarnya terhad dalam aspek pencapaian akademik semata-mata.
Tidak dinafikan pencapaian dan kecemerlangan akademik sangat penting. Namun membekalkan mereka dengan pembinaan sahsiah peribadi serta memberikan peluang kepada mereka mengilap potensi dan bakat terutama dalam sukan yang digemari amatlah digalakkan.
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan di Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Parlimen Sandakan.
Penyertaan dalam acara sukan dapat memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak agar bersedia sekiranya mereka beralih ke tahap satu, mereka sudah mempunyai pengetahuan mengenai acara sukan yang mana acara sukan ini juga salah satu proses pendidikan kepada kanak-kanak Tabika, kata Poon.
Sementara itu, seramai 350 orang ibubapa dan 350 kanak-kanak Tabika Kemas di Parlimen Sandakan telah menyertai program anjuran Jabatan Kemas di SMK St. Mary.
Pelbagai acara potensi seperti Futsal, Bola Jaring, Rounders, Sprint Hurdles, Formula One dan Gerak Kreatif telah diadakan serentak pada hari Ahad.
Antara yang hadir ialah Pegawai KEMAS Daerah Sandakan Jakariah Patuhai dan Pegawai Operasi Pendidikan Awal Kanak-kanak Parlimen Sandakan Hatijah Lasano.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ