KOTA MARUDU BAKAL LAHIR PELARI PROFESSIONAL.

Ikon belia yang juga Unduk Ngadau Kaamatan Kota Marudu 2019 Nurul Yanadido melepaskkan larian tersebut dan seterusnya menyaksikan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Oleh  Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Kemunculan pelari muda berbakat menguasai hampir kesemua ketegori larian jarak dekat dan sederhana nyata akan mengundang fenomena bagi melahirkan atlit bertaraf dunia jika diberikan pendedahan lebih jauh. Demikian pendapat atlit Nigeria ketika mengulas penyertaan para atlit tempatan pada Kejohanan Borneo Health Run 2019 sejauh 10km anjuran Kelab Rekreasi Jururawat Hospital Kota Marudu yang diadakan Ahad lalu.

Seorang pelari marathon dari Cemp Iten Eidopet Nigeria, Bendarzo Mutai, 28, berkata, Kota Marudu Sabah mempunyai keadaan bentuk muka bumi yang hampir sama dengan daerah asalnya kerana terdapat bukit, gunung dan lembah yang sesuai menjalankan latihan juga venue perlumbaam.

“Keadaan geografi Kota Marudu hamper sama dengan tempat asal saya dan ini sesuai untuk menjalankan latihan bagi sukan seumpama ini dan juga sesuai dijadikan venue perlumbaan. Saya dapati dua atlit  pelari jarak jauh Ruston Masri, 45, kategori lelaki senior dan Romeo  Ganboh, 20, terbuka lelaki, mempunyai potensi yang amat cerah jika diberikan pendedahan menyertai larian di luar negara,” Kata Bendarzo.

Ruston Masri merupakan pelari sepenuh masa yang selalu mewakili Sabah ke beberapa kejohanan marathon dan pernah menjuarai Borneo Marathon, Kuching Marathon dan terbaharu menduduki tempat ke-6 Marathon Terbuka Perlis.

Manakala Romioe Gombah pula juara 10km Borneo Marathon Mei lalu dan terkini menjuarai 10km dengan masa 37 minit 22.11 saat, Tempat kedua dimenangi oleh DemverLasius, tempat ketiga Navry Joniis. Sementara  itu,  Ruston yang turut serta dalam acara tersebut mencatat mana 38 minit 13 saat.

Menurut Ibu Romieo yang juga seorang pelari jarak sederhana Puan Vilin, Romeo dan tiga pelari marathon dari Nigeria menghabiskan masa berlatih bersama sejak awal Jun di mana perkenalan mereka bermula ketika menyertai Borneo Marathon yang lalu.

Katanya, kesungguhan Romieo yang memutuskan tidak meneruskan persekolahan dan mengambil  keputusan menumpukan sepenuh masa untuk sukan marathon. Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis penyampaian hadiah setelah memenangi  kategori 10km Wanita Veteran pada kejohanan ini.

Bercakap mengenai jumlah penyertaan sebanyak 247 orang itu, Dr. Lydiarita Michael  (kanan) berkata bahawa jumlah itu suatu yang membanggakan, walaupun sedikit namun apa yang penting matlamat kita berjaya untuk menganjurkan  acara ini yang diadakan  serentak dengan beberapa daerah lain yang menganjurkan larian pada hari yang sama.

Bagi Romioe ketika ditemui wakil BS menyuarakan harapan agar penaja akan muncul membantu para atlit yang serius terutama dalam membantu memantapkan latihan.

Seorang lagi atlit dari Nigeria, Benjamin Mutai, 30, (dua dari kiri) berkata dia mengalu-alukan penglibatan Romioe dalam sukan ini secara professional dan berharap agar dia dapat mengadakan latihan dan penyertaan di beberapa negara di Afrika bersamanya.

“Jika dia benar-benar mahu mengasah bakatnya maka dia boleh mendapatkan pengalaman berlatih terutamanya di daerah kelahiran saya demi menambah pengalaman dan memantapkan persediaan penyertaannya,” kata Benjamin.

Difahamkan bahawa tempat kelahiran beliau merupakan kawasan pergunungan dengan cuacanya yang sejuk.