Remaja hilang ketika mandi sungai ditemui lemas

KOTA BELUD: Remaja perempuan 16 tahun yang dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mandi di Sungai Pirasan, di sini, semalam akhirnya ditemukan lemas, hari ini.

Mangsa Khairunisa Kembarudin ditemui lemas oleh orang awam jam 3.58 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba Syazwan Latun berkata, mayat mangsa ditemukan pada jarak 3.5 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan seterusnya dibawa ke hospital menggunakan kenderaan polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan kira-kira 5 petang,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang Ahad, mangsa Khairunisa dikatakan bersama keluarga mandi di sungai berkenaan sebelum tiba-tiba dihanyutkan arus deras.

Pasukan bomba yang hadir membantu di lokasi kejadian terus menjalankan operasi SAR secara ‘surface searching’ menggunakan bot penyelamat. – Info X