KOTA KINABALU: Syarikat penerbangan AirAsia diminta supaya menggunakan kemudahan aerobridge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) demi keselesaan penumpang.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Christina Liew, berkata penggunaan aerobridge memudahkan penumpang warga tua dan orang kurang upaya (OKU) menaiki pesawat.
Katanya, kemudahan itu sudah tersedia di KKIA dan sewajarnya dimanfaat sepenuhnya oleh semua syarikat penerbangan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang.
“Saya menerima aduan daripada warga tua yang menaiki pesawat AirAsia menyatakan rasa tidak selesa kerana terpaksa berjalan jauh dari bangunan terminal ke pesawat dan bersusah payah menaiki tangga ke pesawat.
“Jadi, kita fikirkan kesukaran yang dihadapi penumpang warga tua dan OKU ini dan elakkan daripada membuatkan mereka menghadapi masalah yang tidak sepatutnya sebelum atau selepas penerbangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Memandangkan pengurusan KKIA tiada kuasa meminta pesawat menggunakan aerobridge, Christina menggesa Kementerian Pengangkutan supaya menggunakan kuasanya dalam menjaga kebajikan warga tua dan OKU. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad