PENAMPANG: Seorang lelaki warga emas melecur semasa menyelamatkan diri dalam kebakaran membabitkan rumah dua tingkat di Kampung Nambazan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbanak di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tingalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.47 petang.
“Bertindak dengan kejadian, sepasukan bomba dari BBP Penampang dengan bantuan BBP Putatan bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan anggota seramai 11 orang bersama jentera FRT, jentera CFRT dan jentera Water Tanker.
“Kebakaran membabitkan rumah seluas 40×30 kaki persegi dan terbakar sepenuhnya.
“Operasi pemadaman dijalankan oleh anggota bomba sehingga selesai dengan menggunakan sumber air daripada pili bomba berdekatan,” katanya.
Menurutnya seorang seorang mangsa lelaki warga emas berusia 69 tahun mengalami kecederaan melecur di bahagian dahi dan mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
“Operasi terkawal pada jam 6.17 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 8.00 malam,” katanya sambil menambah punca kejadian masih dalam siasatan. –UtusanBorneo

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ