SANDAKAN: UPKO fokus dan menyokong usaha pihak kerajaan di dalam Pembangunan Modal Insan di Sabah terutamanya di Libaran dan Sandakan.
Sehubungan itu pelbagai aktiviti yang telah dan akan kami jalankan dalam tahun ini. Sebagai contoh, kami ada memberikan Ceramah Motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah di kawasan Parlimen Libaran, Sandakan dan Batu Sapi sejak dua tahun yang lalu sehingga kini.
Ketua UPKO Bahagian Libaran Dr. Peter Jr Naintin berkata semasa Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri UPKO Bahagian Libaran yang diadakan di kawasan lapang Bintang Baru, Peringkat 4, Jalan Dandulit, Sungai Manila, Batu 12 baru-baru ini.
“Pada masa yang sama, kami berpeluang mengagih-agihkan buku latihan tambahan kepada pelajar-pelajar Tahun 1 sehingga Tingkatan 6,” kata beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UPKO.
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri tersebut telah dihadiri lebih 200 penduduk kampung termasuk wakil-wakil daripada setiap cawangan UPKO di dalam Parlimen Libaran.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ