Akun salah, empat ahli ‘Geng Upik’ dipenjara tiga tahun

KOTA KINABALU: Empat daripada 15 individu yang didakwa sebagai ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Mereka ialah Mahathir Jibarail, 49, Manan Ungok @ Salleh, 52, Mohd Faridzul Asmahadi, 31 dan Mohd Fikrie Asme, 28.

Hakim Datuk Dr. Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu selepas keempat-empat tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah ketika perbicaraan bermula.

Mereka melakukan kesalahan itu dari 2015 hingga 2023.

Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara lima hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Berita lanjut menyusul…