Tenom : Seramai 20 orang golongan asnaf diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) di Masjid Ar-Rahman di sini semalam.
Majlis itu turut dihadiri Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Yayasan Sabah, Zulkhairi Ismail dan wakil pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Melalap, Tenom Simon Mamat.
Pada majlis itu, Zulkhairi turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 20 orang golongan asnaf pada majlis yang turut dihadiri lebih 100 orang tetamu.
Objektif program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kakitangan KYS dan komuniti setempat. – SABAH MEDIA / FOTO KYS

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ