Sebanyak 270 jawatan guru agama Jheans diwujudkan

Adi (2 dari kiri) melancarkan Sambutan Hari Guru Jheans, di Dewan Sa’adah, Wisma Muis, Sembulan.

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) mewujudkan 270 jawatan baru untuk menampung kekurangan guru agama di sekolah menengah dan rendah di negeri ini.

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Haji Adi Mokhtar berkata, temuduga untuk jawatan itu kini sedang giat dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) melibatkan seramai 111 calon untuk fasa pertama.

Manakala Fasa kedua dijangka dijalankan pada penghujung bulan Julai atau Ogos, dimana SPANS akan memamggil lebih 100 orag calon untuk ditemuduga.

“Kerajaan negeri telah besetuju untuk mencairkan jawatan perguruan di Jheans, yang sebelum ini dibekukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sembutan Hari Guru Jheains Peringkat Negeri Sabah, di Dewan Sa’adah Wisma Muis, Sembulan dekat sini pada Selasa.

Adi berkata, beliau juga telah memaklumkan kepada pengarah Jheains dan pengerusi SPANS supaya memanggil semua guru-guru yang dibayar oleh Zakat Sabah yang berkelayakan sebelum mereka dipanggil untuk temuduga.

“Jiika mereka layak, mereka akan diserapkan ke jawatan tetap untuk mengajar di sekolah-sekolah agama di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, terdapat lebih 100 orang guru agama bertaraf sementara kini dibayar oleh zakat dan kebajikan mereka juga tidak begitu mendapat perhatian.

“Saya fikir sudah tiba masanya guru-guru agama yang mempunyai ijazah dan diploma layak untuk ditemuduga oleh SPANS, dan mereka yang berjaya akan diserapkan ke jawatan tetap,” katanya.

Beliau berkata, sekolah agama di negeri ini memerlukan kira-kira 500 guru agama dan kerajaan sudah menawarkan kira-kira 270 kekosongan jawatan.

“Jika kerajaan mempunyai peruntukan yang cukup pada tahun hadapan kita akan minta supaya mewujudkan beberapa lagi jawatan guru untuk menampung kekurangan tenaga guru diseluruh sekolah agama menengah dan rendah dibawah Jheans” katanya.

Terdapat enam sekolah menengah agama, 104 sekolah rendah agama dan 16 buah tadika agama diseluuh Sabah.