LAHAD DATU: Dua suspek yang terbabit dalam kejadian samun bersenjata tajam di Payang, Batu 7, di sini, sedang giat diburu polis.
Suspek Mohd Aidil Jainuddin beralamat Kampung Manau, Batu 7, Jalan Silam dan Zulfaddly Hajizul Rahman beralamat Kampung Sapagaya.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan kedua-dua suspek yang masih bebas.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun bersenjata secara berkumpulan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini supaya berhubung dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Iskandar Kiprawi di talian 089-881255.
“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ