KOTA KINABALU: Sebuah kilang papan dan rumah pekerja di Jalan Kokol, Manggatal, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Kejadian itu turut memusnahkan empat kenderaan termasuk lori tangki.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.50 pagi.
Katanya, seramai 23 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Lintas, Kota Kinabalu dan Tuaran digerakkan ke lokasi kejadian.
“Lapor kebakaran membabitkan kilang papan dan rumah pekerja jenis separuh kekal terbakar sepenuhnya. Turut terbakar lori tangki, Forklift, Proton Satria dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran dengan dua pancutan dari sumber air jentera,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan terbabit dan operasi terkawal pada jam 5.08 pagi.
“Pasukan bomba masih melakukan kerja-kerja memadam sisa kebakaran.
“Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad