Lapan Individu Dikehendaki

SANDAKAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, cuba mengesan lapan individu dikehendaki dan dikenalpasti bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes jenayah di daerah ini.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, IPD Sandakan berkata, suspek pertama yang dikehendaki dikenali sebagai Yee Kok Wai, 63, untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Katanya, dua lagi individu iaitu Safawati Taming, 31, dan Mohd Nursyahfiq Homir Sari, 26, pula dikehendaki untuk siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Turut dikehendaki Mohd Nazrie Mohamad Sha, 48, dikehendaki untuk siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Individu kelima yang dikehendaki pula ialah Firdawis Daud, 39, yang dikehendaki untuk siasatan mengikut Seksyen 46(N) Akta Penjara 1995,” katanya.

Menurutnya, tiga lagi individu dikehendaki ialah Mohamad Dussin Ahmad, 35, dan Hisham Tarang, 43, serta Mohammad Azwan Mukram, 29, untuk siasatan mengikut Seksyen 14(d) AKSTTK 2017, Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen Seksyen 15(4) Akta Pengangkutan Jalan 1959.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan semua penama terlibat supaya menghubungi Pusat Kawalan Daerah Sandakan di talian 089-212222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Katanya, IPD Sandakan sentiasa komited dalam usaha untuk menangani serta membanteras jenayah yang boleh mengganggu gugat keselamatan serta ketenteraman masyarakat umum.