KOTA KINABALU: Tindakan pantas kru kapal berpindah ke kapal nelayan lain berjaya menyelamatkan diri dari sebarang kemalangan selepas kapal dinaiki terbakar dalam kejadian di hadapan Pasar SAFMA, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 3.45 pagi itu, kapal nelayan yang dipercayai sedang berlabuh berhampiran jeti berkenaan dikatakan tiba-tiba terbakar.
Menyedari kejadian berkenaan, sebuah lagi kapal yang dikatakan berada berhampiran terus menghampiri kapal malang itu untuk membantu kru-kru kapal menyelamatkan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.56 pagi.
Katanya, sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.
“Sebaikntiba di lokasi, kebakaran melibatkan sebuah kapal laut nelayan yang terbakar 100 peratus.
“Pasukan bomba terus bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran sepanjang 33 meter dengan dua pancutan dari sumber air laut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, operasi pemadam turut dibantu pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, setakat ini tiada mangsa terlibat dilaporkan dan sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

More Stories
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional
UPKO Tuaran Hormati Keputusan Fairuz Bandar, Ucapkan Selamat Maju Jaya