Oleh Kahar Ali
SANDAKAN : Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui ESSCOM telah mengambil pelbagai langkah proaktif dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan Kawasan ESSZone sentiasa selamat dan terkawal.
Bagi menurunkan ‘kadar advisory’ yang dikenakan di pantai timur Sabah oleh negara asing, pelbagai langkah telah diambil oleh ESSCOM termasuklah mengadakan taklimat, sesi dialog dan forum kepada pihak berkepentingan dari semasa ke semasa untuk memberikan penjelasan, pencerahan dan juga pendedahan mengenai situasi sebenar yang berlaku di pantai timur Sabah.
Sesi libat urus dan taklimat ini turut melibatkan langkah-langkah seperti berikut:
i. Taklimat kepada pegawai-pegawai kedutaan dari luar negara yang datang ke Sabah melalui sesi courtesy call ke ESSCOM seperti British High Commission Malaysia, Delegasi New Zealand, Australia, United Kingdom dan negara-negara sahabat;
ii. Taklimat kepada pegawai-pegawai badan-badan keselamatan dari luar negara seperti Defence Attache Office Amerika, Penasihat Pertahanan negara-negara sahabat (Indonesia, Filipina dan lain-lain);
iii. Program engagement bersama the US Defence Attache Officer di Pulau Tambisan bersama murid sekolah melalui pemberian buku ucapan dan pembinaan fasiliti awam; dan
iv. Kerjasama berterusan dengan media untuk liputan semua aktiviti ESSCOM bersama masyarakat di kawasan ESSZone. Hebahan program mencerminkan ESSZone adalah selamat dan masyarakat terpelihara termasuklah pelancong dari luar negara. Liputan media yang positif berupaya memberi impak positif juga kepada “travel advisory” yang dikeluarkan untuk menarik lebih ramai pelancong dan pelabur ke Sabah amnya, dan mengekalkan imej positif Sabah secara khususnya.
Pihak keselamatan ESSCOM akan sentiasa meneruskan atur gerak aset-aset bagi mengekang kemasukan elemen-elemen berkepentingan serta ‘lawless’ ini daripada masuk melakukan jenayah dalam perairan negara.
Pada masa yang sama, Kementerian juga berpandangan bahawa keputusan travel advisory perlu disemak semula dengan memberi pertimbangan lain seperti kekuatan ketenteraan negara, tahap kesiagaan pasukan keselamatan dan juga ‘public awareness’.
Demikian dinyatakan pihak Menteri Dalam Negeri semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong ingin tahu apakah langkah-langkah aktif yang akan diambil untuk menurunkan kadar advisori yang kini dikenakan di Pantai Timur Sabah oleh Negara Asing.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ