Hamdan (tengah) merakam gambar kenangan bersama pengamal media dan wakil dari AirAsia Malaysia.
Oleh: Nio James
KOTA KINABALU: Lebih seratus orang pengamal media di negeri ini menghadiri Sambutan Kaamatan-Raya AirAsia bersama Media, di Hotel Le Maridien, disini pada Khamis.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, majlis itu diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada rakan media di Sabah diatas sokongan berterusan kepada syarikat penerbangan itu.
“Semua kecemerlangan dan kejayaan yang kami nikmati hari ini, termasuk memenangi Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik di Dunia yang kesebelas berturut-turut di Skytrax, tidak mungkin dicapai tanpa sokongan daripada anda (media di Sabah).
“Adalah menjadi harapan kami agar rakan media akan terus menyokong kami dalam usaha dan inisiatif kami untuk menjadi sebuah syarikat pernerbangan berteknologi,” kata Riad, dalam ucapannya dibacakan oleh Ketua Komunikasi Kerajaan AirAsia Malaysia, Hamdan Mohamad.
Acara itu dihadiri oleh para pengamal media dari agensi berita nasional dan tempatan, portal berita, radio, televisyen dan sebagainya.
Pada majlis itu, lima pengamal media bertuah memenangi tiket penerbangan ke Kuala Lumpur, Singapura dan China.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ