TAMPARULI – Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau hadir memeriahkan sekali gus merasmikan Karnival Piala Pusingan Bola Sepak & Hari Belia Persatuan Pribumi Sabah yang berlangsung baru-baru ini di Padang Pekan dan Dewan Tun Hamdan, Tamparuli.
Dalam ucapannya, beliau menyifatkan tema karnival, “Belia Sihat, Masyarakat Sejahtera” sebagai amat bertepatan dengan matlamat program yang memberi tumpuan kepada pembangunan belia dan perpaduan masyarakat.
“Tema ini sangat tepat dengan objektif penganjuran. Program seperti ini bukan sahaja menyemai semangat kesukanan dan perpaduan, malah mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai latar belakang,” katanya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Persatuan Pribumi Sabah, terutamanya Presidennya, Remy Kisi, atas inisiatif menganjurkan program yang memupuk gaya hidup sihat dan semangat komuniti dalam kalangan belia.
“Tahniah kepada Persatuan Pribumi Sabah khusus kepada Presidennya saudara Remy atas inisiatif penganjuran program yang bersifat membina gaya hidup sihat ini,” tambah Madius.
Beliau juga merakamkan ucapan syabas kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dan berharap agar program seperti ini diteruskan sebagai platform untuk memperkukuh perpaduan dan memberi inspirasi kepada generasi muda.
“Semoga program sebegini terus menjadi wadah pengukuhan komuniti dan pencetus inspirasi buat generasi muda kita,” katanya lagi. Karnival tersebut menyaksikan penyertaan aktif golongan belia dari pelbagai kawasan dan turut menampilkan acara sukan, forum belia serta aktiviti kekeluargaan yang mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ