Rakam memalu gong tanda simbok perasmian Pesta Kaamatan Kg Ulu Bakut / Bakut Muhibbah, Turut hadir Datuk Madiyem Layapan (kiri sekali)
TUARAN: Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Rakam Sijim berkata Galeri Padi boleh diwujudkan sebagai tarikan pelancongan ke daerah Tuaran.
Beliau berkata galeri itu boleh mempamerkan pelbagai peralatan tradisional yang digunakan dalam kerja-kerja menanam padi sesuai dengan daerah itu yang dahulunya mempunyai kawasan tanaman padi yang luas.
“Peralatan yang digunakan untuk menanam padi telah berubah seiring dengan perkembangan teknologi.”
“Justeru, Galeri ini boleh menjadi tempat rujukan generasi muda mengenai kaedah dan peralatan yang digunakan dalam kerja-kerja penanaman padi sebelum ini.”
“Usaha ini akan dapat memelihara dan mempersembahkan peralatan-peralatan penanaman terdahulu”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan Kg Ulu Bakut / Bakut Muhibbah, Tuaran baru-baru ini.
Pada masa iini, peralatan penanaman padi telah menjalani evolusi ke arah mekanisasi yang mempermudahkan kerja-kerja berkaitan pengeluaran padi.
Sempena perayaan itu, selain pertandingan Unduk Ngadau peringkat kampung berkenaan, pelbagai acara juga telah diadakan termasuk sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa.
Menyentuh tentang perayaan tersebut, Rakam berkata ianya dapat memupuk persefahaman dan semangat kerjasama di kalangan penduduk kampung.
Meski pun pada hakikatnya Pesta Kaamatan disambut oleh kaum Kadazan Dusun dan Murut (KDM) namun kaum-kaum lain juga turut sama dalam perayaan ini, satu keunikan di Negeri Sabah.
Turut hadir dalam sambutan perayaan itu ialah Datuk Madiem Layapan Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Sabah.
Sementara itu, di acara yang sama Brahim Talip Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), melahirkan kesyukuran atas kejayaan sambutan acara tersebut.
Pada masa yang sama, beliau turut memohon agar kerajaan dapat meningkatkan kemudahan asas di Kg Ulu Bakut seperti jalanraya dan bekalan air bersih.
Perayaan yang disambut dengan meriah itu telah dihadiri oleh kira-kira 300 orang penduduk termasuk dari kampung-kampung yang berdekatan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ