Gambar tempat kemalangan dekat Kampung Indah, Jalan Merotai- Tawau pada hari Rabu
Oleh Ahmad Tamrin
TAWAU: Seorang pelajar Tingkatan Enam SMK Abaka maut dalam kemalangan jalanraya yang membabitkan motorsikalnya dan sebuah kereta Perodua Myvi dekat Kampung Indah, Jalan Merotai- Tawau pada hari Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah ACP Peter Umbuas mangsa Muhammad Rayyan Bisanga @ Irwan Shah yang berumur 18 tahun, sedang menunggang motorsikal dalam perjalanan ke sekolah apabila dilanggar kereta dari arah bertentangan pada lebih kurang jam 7.00 pagi.
Muhammad Rayyan tercampak ke parit di tepi jalanraya dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala pemandu kereta seorang wanita berumur 27 tahun tidak mengalami sebarang luka, kata Peter.
Siasatan polis menunjukkan pemandu Perodua Myvi cuba memotong sebuah lori didepannya sebelum bertembung dengan motorsikal yang ditunggang Muhammad Rayyan, tambah beliau.
Peter berkata pemandu Perodua Myvi seorang penjawat awam pada masa itu dalam perjalanan dari Felda Umas menuju ke tempat kerja di bandar Tawau.
Mayat Muhammad Rayyan telah dihantar oleh polis ke Hospital Tawau untuk dibedah siasat dan pemandu kereta ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ